Sekadar Berinformasi

test

Friday, 23 December 2016

DIVIDEN ASB 2016 DIUMUMKAN 6.75 SEN SEUNIT DAN ASN 2016 5.00 SEN SEUNIT



DIVIDEN ASB 2016 DIUMUMKAN 6.75 SEN SEUNIT DAN ASN 2016 5.00 SEN SEUNIT



KONGSI INFO : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan bahawa agihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 adalah sebanyak 6.75 sen seunit, manakala bonus 0.50 sen seunit. Jumlah tersebut adalah berkurangan berbanding agihan pendapatan ASB tahun lalu, iaitu sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.



Dalam masa yang sama, turut diumumkan agihan pendapatan bagi Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 iaitu sebanyak 5.00 sen seunit.



Sehubungan dengan itu, semua urus niaga ASB dan ASN ditangguhkan mulai hari ini sehingga 2 Januari 2017 bertujuan membuat pengiraan pengagihan pendapatan dan akan dibuka semula pada 3 Januari 2017.





Berikut adalah perkongsian info berkenaan sejarah kadar agihan pendapatan dan bonus ASB bagi tahun 2000 sehingga 2016.





















































































































TahunKadar Dividen (Sen/Unit)Bonus (Sen/Unit)Catatan
Tahun 20166.750.5-
Tahun 20157.250.5-
Tahun 20147.501.00-
Tahun 20137.701.00Tahun Pilihanraya (Dividen Turun)
Tahun 20127.751.15Menjelang Pilihanraya (Dividen Naik)
Tahun 20117.651.15-
Tahun 20107.501.25-
Tahun 20097.301.25Selepas Pilihanraya (Dividen Naik)
Tahun 20087.001.75Tahun Pilihanraya (Dividen Turun)
Tahun 20078.001.00-
Tahun 20067.301.25-
Tahun 20057.251.75Selepas Pilihanraya (Dividen Kekal)
Tahun 20047.252.00Tahun Pilihanraya (Dividen Kekal)
Tahun 20037.252.00-
Tahun 20027.002.00-
Tahun 20017.003.00-
Tahun 20009.752.00Selepas Pilihanraya ( Naik)

No comments:

Post a Comment